Tolong Saya Selesaikan Puzzle Ini
Hari ini ternampak satu permainan puzzle kanak-kanak di dalam pejabat. Jadi mula rasa gatal tangan untuk main puzzle ini.
Ini Puzzle tersebut
Dengan menggunakan pen, saya cungkil dan cabut yang berwarna putih itu.
Apa lagi, jari mula menari-nari secara rawak untuk menyelerakkan susunan.
Jadi Macam Ini
Maka, permainan pun bermula..
pelbagai arah telah dilakukan. Atas bawa ke bawah. Ketepi bawa ke tengah. Namun tak juga dapat selesaikannya..
Dan akhirnya....
Kecundang..
Hahaha.🤣🤣
Jadi sesiapa boleh tolong saya untuk selesaikan puzzle ini tak?
Malu lah kalau kanak-kanak tengok saya tak mampu selesaikannya.. 🤭🤭