“‪7 PERUBAHAN YANG BUSINESSMAN PERLU BUAT UNTUK JADI LEBIH KAYA DAN BERJAYA.‬ - ‪Point ke 7 paling kuat dan tak semua orang mampu…”

in #business6 years ago (edited)

https://s3.us-east-2.amazonaws.com/partiko.io/img/doncking-dde-7-perubahan-yang-businessman-perlu-buat-untuk-jadi-lebih-kaya-dan-berjaya--point-ke-7-paling-kuat-dan-tak-semua-orang-mampu-6bftmkih-1537786584558.png

Ramai yang berbisnes sebab nak tambah duit poket/ nak money freedom/ nak time freedom. Betul la tu. Memang ini kejayaan abadi bagi businessman.

  1. Tapi kalau hanya ini sahaja fokus yang di cari. Maka ianya bersifat jangka masa pendek. Kemungkinan besar bisnes yang kita jalankan akan tak cukup vitamin/ tak cukup sihat/ tak bersistem/ bersifat penting diri.

  2. Jadilah seperti entrepreneur. Selain fokus tambah duit. Entrepreneur fokus lebih untuk tambah skill yang ada atau tambah group skill. Entrepreneur tak sibuk bolot semua skill tapi yang mana dia tak mampu. Dia hire/ajak outsider join team dan tambah skill dari situ.

  3. Tingkatkan disiplin dan ketatkan lagi peraturan diri. Bangun awal pagi. Balik lewat malam. Jumpa seramai mungkin orang dalam sehari. Minta kongsi life lesson atau networking. Tambahkan beban kerja seharian sebab kita nak berubah jadi lebih baik. What do you expect bila buat benda yang sama bertahun then tetibe ada perubahan. Memang tak logik.

  4. Urus masa dengan bijak. Tahu bila masa nak lepak dan berapa limit masa nak lepak. Tahu bila masa nak study atau ke kelas. Tahu bila masa nak buat kerja. Tahu bila masa nak spend masa dengan staff. Tahu bila masa nak spend masa dengan agen. Tahu bila nak dating. Tahu bila masa nak tido dan nak bangun.

  5. Entrepreneur juga tidak mudah terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling. Dia dengar pendapat orang tapi akan buat keputusan sendiri selepas di rumuskan. Entrepreneur tahu dengan siapa dia patut kawan. Dia tahu jaga circle dia sendiri. Dia jaga diri sendiri.

  6. Entrepreneur tak bersifat saya/ aku. Dia bersifat kami. Dia ada extra matlamat selain duit dan masa freedom. Dia sangat puas bila dapat jayakan seseorang. Entrepreneur melahirkan entrepreneur yang lain.

  7. Entrepreneur bijak memotivasikan diri. Ya dia manusia normal. Dia ada lost jugak tapi dia tak akan ambil masa yang lama. Dia akan cepat-cepat kembali ke landasan utama. Orang kata campak ke laut jadi pulau, campak ke darat jadi gunung.

Jadi kalian businessman ke entrepreneur?
Komen sikit..

Posted using Partiko iOS