Resep Nasi Arab
Bahan-Bahan untuk Ayam
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)
.
Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam
- Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
- Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
- Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
- Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
- Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
- Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi - Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
- Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
- Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
- Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
- Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
- Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
- Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
- Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
- Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
- Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
- Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
- Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam
- Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
- Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
- Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh - Campurkan semua bahan untuk salatoh.
- Tambahkan air dan garam secukupnya.
- Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.
.
Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi - Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
- Campurkan dengan potongan lobak merah.
- Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
.
Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://www.facebook.com/pages/Safaniya-Oil-Field/143707435641190