Mencari Ketenangan Jiwa
Ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang beranggapan tiada guna mempunyai harta banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.
Mereka mungkin berbeda dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan hati.
Seseorang yang pemikirannya meyakini bahwa dirinya berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.
Tuhan tetap berperan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan saja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.
Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.
Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat sekenario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya Kenapa? Adakah kerana fisikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi ketenteraman' dan ketenangan hatinya yang tercedera.
Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: Dah, jangan menangis Nanti ibu beri obat!' Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diobati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.
Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup. Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu kuasa yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQdengan betul jika jiwanya ragu dan tidak mantap. Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://annurshd.blogspot.com/2011/07/mencari-ketenangan-jiwa.html