5 bulan di ladang tiram (oyster farm) di Malaysia
Di sini, saya ingin berkongsi pengalaman saya selama saya di sangkar tiram, Bakau Hijau, negeri Kedah di utara Malaysia.
The oyster farm
Saya sangat berterima kasih kepada website Workaway kerana disebabkan olehnya saya dapat berada di projek ini pada 2016. Penjelasan tentang projek ini di website adalah mengenai syurga pulau dimana anda akan belajar tentang permakultur dan bereksperimen dengannya. Bagi saya, kedengaran seperti sesuatu yang sangat menarik untuk saya belajar dan mencuba. Ketika berada di sana selama 5 bulan, ia adalah sesuatu jang jauh dalam anggapan permulaan saya ( terutamanya kerana saya seorang vegetarian ).
** Website Workaway ** < tapak online dimana anda boleh jumpa projek projek yang memerlukan sukarelawan. Sebagai ganti tenaga dan usaha anda, anda akan dapat makanan dan tempat tinggal dengan harga yang sangat murah >
Di dalam projek ini terdapat banyak pecahan projek kecil dan saya sangat gembira kerana dapat tinggal lama disana dan membenarkan saya untuk mempunyai pandangan global tentang apa yang berlaku di Lembah Bujang. Pada mulanya rancangan saya hanyalah untuk bersama dengan projek berkenaan selama 2 atau 3 minggu sahaja tetapi kita hanyalah merancang..
Saya mulanya berada di sangkar tiram selama seminggu. Di situ saya berjumpa dengan orang orang yang sangat mesra walaupun ia sukar kerana Bahasa English bukanlah mudah bagi semua orang termasuklah saya.
Projek ini bermula dari usahasama di antara salah seorang penduduk kampong disitu I iaitu Paksu dan Universiti Sains Malaysia ( USM ) di mana pihak USM telah memberi peluang kepada Paksu untuk mengusahakan penternakan tiram dan dalam masa yang sama dapat memperbaiki kehidupan komuniti, menjaga alam sekitar dan meningkatkan kesedaran tentangnya. Di situ juga terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti ternakan tiram ( tiram berfungsi sebagai agen pembersihan sungai ), menanam anak bakau, pembinaan rumah tinggal, pembinaan restoran, menerima pelawat dan tetamu, memancing, mengajar Bahasa English kepada anak anak kampong dan meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar.
Dan tidak ketinggalan juga aktiviti melibatkan budaya masyarakat setempat seperti menghadiri kenduri, menyambut Ramadhan, memasak makanan tempatan, berkenalan dengan mereka, berenang bersama kanak kanak dan berkongsi kuih muih tempatan.
Wedding between a french and a malay
Di sini, masyarakat setempatnya ( tua , muda dan kanak kanak ) dan juga sukarelawan dari seluruh dunia bekerjasama melakukan kerja kerja dan saya berterima kasih kepada projek ini kerana membuka pintu untuk kami mengenali, belajar tentang banyak perkara. Di situ kita akan berjumpa orang dari bandar datang ke sana dan bekerjasama dan belajar dengan dia antara satu dengan yang lain. Bagi saya, ia adalah kekayaan dalam projek ini, bercampur sosial, budaya dan umur.
We play Uno all together everyday !
Selepas seminggu saya berada di ternakan tiram, saya pergi pula ke satu lagi projek di bawah payung yang sama iaitu projek di Pulau Bidan, terletak 45 minit dari sangkar tiram. Kami menaiki boat sepanjang sungai Merbok sehinggalah ke laut dimana terletaknya pulau syurga iaitu Pulau Bidan berjiran dengan Pulau Telor dan Pulau Song-Song. Di sanalah sekumpulan anak melayu muda memulakan projek komuniti permakultur dengan misi untuk menjaga pulau dari keadaan yang tidak terkawal, hakisan tanah dan pencemaran.
Di Pulau Bidan terdapat banyak binatang yang hidup didalamnya seperti serangga, haiwan reptilia dan lain lain tetapi juga pulau tersebut dipenuhi sampah sarap, asbestos ( yang di tingalkan oleh tentera Australia yang menjadikan sebagai tapak latihan pada 1980 an) dan hakisan tanah yang semakin membimbangkan. Projek ini juga berkonsepkan kehidupan lestari untuk mencari jawapan untuk menangani masalah alam sekitar yang semakin krisis.
Pulau itu boleh dikatakan agak kecil dimana kita boleh mendaki bukit disebalik pulau hanya selama 1 jam sahaja. Biasanya di pulau hanya kami sukarelawan dan dua atau tiga orang ahli pemula projek berkenaan.
The island Pulau Bidan
Saya meninggalkan Perancis 2 bulan sebelum dan tidak mempunyai minat untuk bersama sama dengan kawan kawan dari benua eropah kerana ia bukanlah tujuan saya dimana saya pergi ke Asia untuk bersama sama dengan budaya saya. Di sebabkan itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkan pulau selepas beberapa hari disana dan kembali ke projek di sangkar tiram.
Untuk saya sebagai seorang wanita Perancis yang tinggal di bandar dengan penduduk lebih dari 1 juta orang, suasana di sangkar tiram adalah baru buat saya. Saya tinggal dirumah terapung atas sungai yang akan bergoyang oleh ombak yang dihasilkan oleh bot yang lalu lalang dan juga dikelilingi oleh pokok bakau. Tempat itu tersangatlah indah ! Saya tidak pernah bosan dengan pemandangan semulajadi disitu, matahari terbit, dikelilingi binatang ( monyet, kucing, ayam, biawak, ular dan burung ). Malangnya saya agak sedih apabila melihat banyak sampah sarap yang mengalir bersama arus sungai disebabkan oleh pencemaran yang tiada akhir oleh manusia. Orang tempatan disana memberitahu saya, 70 tahun dahulu kita dapat melihat banyak gajah melintas sungai dan buaya di dalamnya. Malangnya keadaan tidak seperti dahulu.
Idea untuk menjadi sukarelawan melalui Workaway boleh digunakan dalam pelbagai cara. Tentulah bagus sekirinya kita dapat mengembara dengan kos yang murah ( saya hanya belanja RM20 setiap hari untuk makan dan tempat tinggal dan dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kerja ) Ia juga salah satu cara untuk mengembara selain dari tempat tempat yang komersial.
bagi saya sebagai sukarelawan, ia sangat bermakna dan membuka peluang untuk saya belajar banyak perkara. Sangat penting buat saya untuk bercerita tentang ini bukan kerana riak atau bangga tetapi memberi kesedaran kepada sesiapa yang membaca nukilan saya dan mencari mungkin pengembaraan yang sama tetapi di tempat atau negara yang berbeza.
Daily life picture of people leaving the adventure, often to come back !
Di situ saya telah belajar tentang budaya orang Malaysia dimana sangatlah berbeza dengan budaya di tempat saya. Ia termasuklah seperti tradisi, cara bercakap, cara berkomunikasi dan cara bekerja.
Sekarang saya telah pun mengetahui sedikit sebanyak Bahasa Melayu dan ini membenarkan saya dapat bertutur orang Malaysia dan Indonesia yang tidak fasih bebahasa English.
Saya telah pun belajar tentang ternakan tiram, berkebun, pembinaan, membawa skuter, dan memasak masakan melayu. Saya juga telah belajar tentang permakultur, alam sekitar dan geografi Malaysia.Sepanjang berates sukarelawan yang telah saya temui, saya berjaya memperbaiki Bahasa English saya, berkongsi ilmu dan membina tali persahabatan yang sangat berharga.
Work with the oysters
Saya juga dapat belajar tentang diri saya dimana tidak selalunya mudah buat saya tetapi ia menjadikan saya lebih dewasa. Menetap di suatu tempat dengan budaya yang lain bukanlah mudah dan ia telah menyukarkan saya tetapi semua pengalaman itu adalah sangat berharga lebih dari wang ringgit. Di sebabkan itu saya tidak pernah merasakan saya membuang masa bersama sama dengan projek disini walaupun saya tidak dapat sesen pun. Lagipun saya sangat hormat kepada semua yang terlibat kerana telah mengorbankan banyak masa, duit tenaga dan wang simpanan untuk menjadikan dunia lebih baik. Sehingga kini mereka tidak dapat menghasilkan duit yang cukup. Hasil yang mereka dapat, mereka salurkan kepada keluarga yang miskin di dalam kampong berdekatan, memberi peluang kepada anak miskin untuk sambung belajar.
Saya tidak mengira berapa banyak detik detik berharga sepanjang saya berada disini, bersendiri, bersama sukarelawan yang lain, bersama ahli ahli projek dan penduduk di kampong. Banyak perasaan yang berbelah bahagi ketika saya di Lembah Bujang.
Jujurnya saya mampu untuk menulis panjang tentang projek ternakan tiram tetapi saya tidak yakin dengan informasi yang sangat banyak dan pantas ketika ini.
Dikesempatan ini saya ingin menzahirkan sedalam dalam terima kasih kepada semua yang telah berkongsi pengalaman bersama saya – yang takkan berakhir. Saya ingin menggalakkan kepada sesiapa yang berminat, tempatan atau orang luar, untuk bersama sama dengan projek ini kerana bagi saya projek ini mengumpulkan banyak kriteria yang akan menjadi projek yang terbaik.
Saya tidak akan lupa dengan kebaikkan rakyat Malaysia terhadap saya dan akan saya usaha untuk meningkatkan diri saya setaraf mereka dalam menjaga tetamu.
Akan tidak saya lupakan keindahan sungai, tiram yang mencederakan jari, pemandangan sinar bintang dari bumbung rumah terapung, bubur kacang, pelbagai perbincangan yang menarik, kereta yang penuh dengan kanak kanak, roti canai yang telah saya makan, melayari bot siang dan malam, tandas monyet, senyum dan gelak ketawa bersama kanak kanak ketika mandi manda di sungai.
Swimming time !
Margot – Mariam ( Nama Melayu )
Nota : Projek disini agak sukar untuk saya terangkan lebih terperinci, jadi saya nukilkan seringkas mungkin untuk memudahkan pembacaan. Maafkan saya sekiranya saya ada salah dan silap.
Sekiranya anda ada pertanyaan tentang projek dan sukarelawan boleh lah email kepada saya
[email protected]
Dibawah adalah pautan tentang projek
- Sekiranya anda ingin menjadi sukarelawan : https://www.workaway.info/178271811292-en.html
- Sekiranya anda ingin bermalam di penginapan disana : https://www.airbnb.fr/rooms/22311888
https://www.expedia.co.in/Bedung-Hotels-Bakau-Hijau-Riverlodge-Hostel.h21889545.Hotel-Information - Facebook tentang sangkar tiram : https://www.facebook.com/LembahBujang/
- Facebook tentang pulau Bidaniu : https://www.facebook.com/pulaubidanpermakultur/
Terimah kasih banyak Mohd Firdaus untuk terjemahan malay !!
Link for english version : https://steemit.com/life/@gomart/5-months-in-the-oyster-farm-in-malaysia
Link for french translation : https://steemit.com/volunteer/@gomart/cinq-mois-a-la-ferme-d-huitres-en-malaisie
Congratulations @gomart! You have received a personal award!
1 Year on Steemit
Click on the badge to view your Board of Honor.
Congratulations @gomart! You received a personal award!
You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!