Warung Merdeka, Kampung Pandan
Malam ini lepak minum-minum di warung Merdeka.
Warung Merdeka di Lokasi Baru
Dulunya terletak bersebelahan Masjid Nurul Islam. Tapi tapak warung ini telah diambil oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk pembangunan apa tidak pasti pula.
lokasi lama
Peta di bawah ini adalah lokasi terbaru warung Merdeka.
Lokasi baru
Di sini ada disediakan makanan masakan panas, roti canai beraneka jenis, nasi lemak, nasi ayam penyet dan pecel lele, soto dan banyak lagi.
Roti canai biasa mereka berharga RM1 sekeping, dan ini merupakan harga yang agak murah (setakat yang saya pernah pergi).
Okay, itu sahaja yang nak diperkatakan di sini.
Mari kita hadamkan pantun di dalam gambar tadi:
Halia adalah tanam-tanaman,
Ke Barat juga akan condongnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Terima kasih kerana sudi membaca.. :smile::smile:
Congratulations @idizz89! You have completed the following achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
You made your First Comment
Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP