Adakah tahun 2021 satu tahun yang malang untuk kita?

in #pandemic4 years ago (edited)

Terkesan saya membuat satu lagi postingan yang merujuk kepada keadaan pada masa sekarang. Seperti yang kita tahu, pandemic masih lagi menghantui kita daripada tahun lepas sehinggalah tahun ini.

Jika ditanya macam mana tahun ini kepada saya, saya akan menjawab, ianya tidak seteruk seperti tahun lalu. Aktiviti bisnes mula dijalankan dan banyak aktiviti lain turut juga mulai berjalan.

Dari segi personal economy pula, ianya banyak perubahan berbanding tahun lepas yang boleh dikatakan "teruk" kerana gerakan terbatas. Pada tahun ini, economy boleh dikatakan bertambah baik. Syukur pada Tuhan.

Dari segi muzik pula, masih lagi samar-samar untuk membuat gerakan tetapi kami sempat juga mengeluarkan album sulung kami pada akhir tahun lepas dan saya akan menulis lagi mengenai album itu diblog yang akan datang.

Maafkan saya kerana post ini tidaklah mempunyai gambar yang dapat memenuhi keperluan blog yang sempurna, tapi ianya cukup jelas keadaan yang saya alami buat masa ini untuk dishare kepada kamu semua.

Diharap agar kita dapat berjumpa lagi diblog yang seterusnya dan berbagi pengalaman serta idea dalam apa pun dan harap anda sihat sentiasa bersama keluarga tercinta.

From me:
Innocent