Babysitter for whole day

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Who ever have experience being a babysitter, cheers for us!!!😎 Oopsss..wait..i mean for father only lol.

Pada isnin lalu (15 jan 2018), seperti biasa saya bangun jam 5 pagi untuk bersiap-siap pergi ke kerja. Rutin harian ialah menyediakan pakaian tadika anak perempuan saya yang berusia 5 tahun. 

Biasanya pengasuh kami akan datang pada jm 7pagi setiap hari isnin untuk menjaga anak kecil saya berusia 1 tabun 9 bulan. Malangnya pada hari isnin pengasuh kami tidak dapat datang kerana kurang sihat. 

Alamak🙆!! Bincang punya bincang bersama isteri tersayang. Terpaksa saya mengalah untuk menjaga kedua-dua anak saya yang berusia 1 tahun 9 bulan dan 5 tahun. Bukan sebab takut bini, tapi sebab sayang bah orang bilang. 😏. Nasib sahaja anak perempuan yang berumur 5 tahun itu pergi ke sekolah tadika sehingga jm 11.30 pagi.

Nah!!! bermulalah satu kisah kehidupan selama 8 jam yang penuh dengan suka duka, drama dan kiasan muka untuk memastikan segalanya berakhir tanpa trajedi januari.

Tugasan pertama.

Selepas sarapan, saya dihadiahkan dengan satu siri senaman fizikal percuma iaitu dibawa berjalan ke luar dari kawasan rumah ke rumah jiran yang ada memelihara arnab, anjing dan khinzir sejauh 800m-1km. 

Bertahan selama hampir 1 jam 30 minit. Berlegar2 di kawasan rumah jiran. Kemudian pulang dengan wajah gembira bagi sang baby, tidak bagi sang ayah.hahaha. 

Tugasan kedua ialah memandikan budak.

Pastikan anda sentiasa berada bersebelahan dengan anak anda. No whatsapp. No FB. No Instag. No chitchat. No steemit(latest). Ini untuk mengurangkan risiko budak minum air mandian, atau tenggelam betsama air mandian. Ambil gambar boleh.hehehe.

Tugasan ketiga

Selepas mandikan budak adalah masa yang dinanti-nantikan. Cuba teka apa ka ia? Suda tentu masa untuk tidurkan budak anda.hehehe. keluarlah segala suara sumbang iaitu nanyian untuk tidurkan budak.😆

Tugasan keempat

Tugasan keempat merupakan tugasan wajib. Ini kerana anda akan menerima berpuluh-puluh wasap/meseg/telegram daripada seorang insan bernama isteri untuk bertanyakan status isi perut anak-anak kita, seperti👉 sudakah budak makn. Adakah makanan habis dimakan. Adakah minum selepas makan. Dan macam2 lagi yang tidak dinyatakan dalam sini. Tugasan ini termasuk anak saya yang berumur 5 tahun(tiada dalam gambar).

Tugasan ke lima

Menonton television, menconteng kertas, atau segala jenis permainan termasuk bermain bedak. 

Tugasan ke enam adalah ulangan bagi tugasan kedua. Iaitu masa untuk mandi petang sekitar jam 4.30petang waktu malaysia.

Perhatian!!

Perkara yang paling banyak saya lakukan semasa menjadi pengasuh adalah tukar pakaian dan lampin baby. Lebih daripada 4 kali dalam 8 jam. Percaya atau tidak ini yang saya alami.

Selama sehari menjadi pengasuh A.K.A suri rumah, banyak yang saya pelajari (seperti tugasan di atas) Membuatkan saya sedar betapa tabahnya hati seorang insan bernama isteri dan ibu membesarkan seorang anak, atau mungkin lebih bagi yang  ada kembar. 

Walaupun penat, saya rasa cukup berbaloi kerana dapat merasakan pengalaman sedemikian yang mungkin orang lain tidak petnah merasa. Sekurang-kurangnya kita tahu bagaimana keadaan seorang suri rumah.

Hargailah pasangan anda, kerana kita saling memerlukan antara satu sama yang lain. Kalaupun bukan untuk kita, tapi untuk anak-anak kita merasakan kasih sayang daripada ibu bapa.

Respectlah mereka yang bergelar suri rumah. Mereka bukan menjaga budak untuk sehari, tapi beratus-ratus hari sehingga beribu-ribu hari.

Dan bagi kita yang sudah dewasa, isteri yang dimaksudkan adalah ibu kita yang sekarang.

I love my wife, my childrens and family.

Image source

Thank you for visit myblog.

More about me soon!

Do follow me @chanelcalestus


Sort:  

Yes, it’s not easy to be a full-time housewife but for sure it’s fun-filled daily routine that you and your kids will cherish forever. Keep it up!

Yes true..the best moment ..😍

Kiut anak ko 😍 hehe.. Dapat exercise percuma kan kalau jaga anak..

Thankyou..yaba..bagus jugalah..kadang2..hahaha..

Haha. Adui, ada lgi kadang2 ah.. 😂

Respect for daddy...babysitting his baby...
Thank you for sharing @chanelcalestus
Cheers.

Terbaiklah sifu. Salute!