Iftar ke 20: Laksa Penang

in #teammalaysia7 years ago

Salam ramadhan kepada para steemian semua, pejam celik pejam celik dah nak masuk ramadhan ke 20. Hari ini saya teringin nak makan laksa penang. Rindu juga nak rasa laksa yang ibu saya masak. Takpela better saya masak sendiri kan, lagi puas hati. Sambil2 google ada terjumpa satu resepi senang untuk saya buat.

IMG_20180605_192121.jpg

Bahan-bahan;
1/2 bungkus laksa
6 ekor ikan kembung( nak sedap guna ikan sardin/selayang)
*Cili kering
*1 bj bawang besar
*1 bj bawang putih
*Belacan bakar
2 keping asam keping
Daun kesom
Bunga kantan
Timun(hiris)
Bawang (hiris)
Limau nipis
Cili api
Garam secukup rasa

PhotoGrid_1528200106769.jpg

Cara-caranya;

  1. Rebus laksa hingga lembut.
    IMG_20180605_132131.jpg
  2. Rebus ikan kembung dan masukkan 1 keping asam keping.
  3. Kisar bahan yang bertanda *. Ketepikan.
  4. Asingkan isi ikan dengan tulang yg telah di rebus. Kisar halus isi ikan tersebut. Ketepikan.
    IMG_20180605_131828.jpg
  5. Kisar tulang - tulang ikan dan tapis utk ambil air nya sahaja. Ketepikan.
    IMG_20180605_131833_1.jpg
  6. Isikan air dalam periuk dan masukkan bahan kisar, isi ikan dan air ikan. Masak hingga semuanya sebati.
    IMG_20180605_131903.jpg

IMG_20180605_131927.jpg

  1. Apabila sudah mendidih, masukkan asam keping, daun kesom dan bunga kantan. Masak sebentar.

IMG_20180605_132210.jpg

IMG_20180605_133110.jpg

  1. Perasakan garam secukupnya.
  2. Hidangkan kuah laksa bersama mee laksa, hirisan timun,bawang, cili api dan limau nipis.

IMG_20180605_192121.jpg

Selamat berbuka dan selamat mencuba.

Sort:  

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-06-05T12:25:15
Account Level: 1
Total XP: 122.00/200.00
Total Photos: 22
Total comments: 1
Total contest wins: 0
And have also received a 0.17 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness