Anak-anak miskin di tengah ibu kota

Sebelum bermula bulan Ramadhan yang lalu, aku ada pergi ke area Chow Kit. Sebab nak pergi ke kedai jam tangan di sana.

Dah selesai beli jam, aku pun mengorak langkah pulang ke rumah. Dalam perjalanan, aku terpandang ada dua anak kecil sedang duduk bermain di kaki lima seberang dengan Restoran Yasemm di Jalan TAR.

Mereka berdua duduk bermian beralaskan kotak sahaja. Kalau nak diagak, aku rasa umur mereka sebaya dengan anak-anak aku. Ya Allah...sebaknya rasa hati bila mengenang nasib anak-anak kecil tu cuma tidur beralaskan kotak dan selimut nipis di kaki lima.

Tiba-tiba terbayang anak--anak aku di rumah. Sedar tak sedar, bergenang jugak air mata aku....

Kesian sangat rasa bila tengok tengok anak-anak yang boleh dikira masih kecil dan belum matang, terpaksa menempuh kesusahan hidup. Tidur tidak berbumbung, makan mengharapkan belas kasihan. Ibu dan bapa mereka mesti berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tapi mungkin bukan rezeki..dan itu saja yang termampu.

Aku tahu ada banyak NGO di luar yang selalu buat pogram CSR untuk membantu golongan gelandangan. Officemate aku dulu pun ada yang join. Aktiviti yang NGO selalu buat adalah memberi makan dan minum, kelas membaca /belajar percuma, dan macam-macam lagi yang diberikan.

Bila aku lihat anak-anak kecil tadi tidur beralaskan kotak, dalam kepala aku terdetik, alangkah bagus kalau mereka dapat tidur dengan lebih selesa.

Jadi aku membuat keputusan nak membeli beberapa set Sleeping Bag untuk disedekahkan kepada golongan gelandangan. Terutama sekali, kepada anak-anak kecil.

Dari apa yang aku survey, harga Sleeping Bag adalah dari sekitar RM30 untuk satu unit. Aku bercadang nak membeli dalam 15 unit dahulu. Bermakna cost untuk membeli Sleeping Bag adalah = RM450.

Aku ada membuat kutipan dari kalangan rakan office. Alhamdulillah, mereka ada juga menyumbang sekadar yang mampu. Kutipan yang aku ada sekarang adalah RM200. Aku kena cari lagi RM250 untuk cukupkan dana membeli 15 unit Sleeping Bag.

Aku juga akan membuat 3 posting, dan kesemua Steem / SBD yang aku terima dari ketiga-tiga posting tu, aku akan tambah ke dalam dana Sleeping Bag tadi.


Sumbangan dari rakan-rakan office


@rosmadirazali

Sort:  

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-06-20T14:53:48
Account Level: 1
Total XP: 310.00/200.00
Total Photos: 54
Total comments: 8
Total contest wins: 0
And have also received a 0.40 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness