Cara Membeli Altcoin
Malam ni saya akan share sedikit cara bagaimana untuk membeli altcoin bermula dengan membeli Ethereum dari Remitano.
Saya akan tunjukkan contoh dengan menggunakan Verge (XVG).
Perkara pertama yg kita perlu lakukan adalah untuk mengenalpasti exchange mana yg ada menjual XVG & kemudian dapatkan Ethereum address dari exchange tersebut. Untuk tutorial ini, kita pilih jual beli menggunakan Cryptopia. Anda boleh pilih mana-mana exchange dari senarai markets untuk XVG.
Semasa membeli Ether di Remitano, masukkan Ether wallet address dari Cryptopia tadi.
Anda ada masa 15 minit untuk membuat pembayaran kepada akaun penjual. Pastikan anda klik buttton "I have paid seller" setelah pembayaran dibuat.
Skrin di bawah akan muncul menandakan bahawa Ether akan dihantar ke akaun kita. Pastikan anda memantau timer pada button "Summon" untuk memberi notification pada seller untuk menghantar Ether ke akaun anda.
Anda boleh memberikan rating kepada seller anda selepas transaksi selesai.
Memandangkan Standard Gas Price adalah 51 Gwei dan safe low berada sekitar 39 Gwei, maknanya, kita terpaksa menunggu untuk menerima Ether kita.
Tunggu sehingga Ether yang anda beli itu masuk ke akaun.
Anda akan nampak Ether telahpun berjaya didepositkan.
Memandangkan cuma ada XVG-BTC dan XVG-USDT di Cryptopia, kita kena tukarkan Ethereum tadi kepada BTC dahulu.
Jadi, kita pun masuklah ke ETH-BTC
Selepas proses penukaran berjaya, kita bolehlah pergi ke XVG-BTC untuk mendapatkan XVG. Biasanya saya akan meletakkan buy order bawah sedikit dari harga semasa.
Selepas selepas urusan pembelian, bolehlah withdraw XVG ke wallet anda. Untuk Cryptopia, anda kena klik link yg diberikan dalam emel untuk confirm yang anda ingin membuat pengeluaran.
Urusan withdrawal selesai selepas anda nampak skrin ini.
Rumusan
Akan ada byk kos terlibat semasa proses pertukaran ke beberapa exchanges. Jika anda lihat, harga XVG yang kita dapat tadi adalah sekitar 69 sen. Di akhir proses, kita cuma dapat 904 XVG saja.
RM700 - (RM0.69 x 904)
= RM700 - RM623.76
= RM76.24
Sepanjang proses mendapatkan altcoin ini, akan ada kos lain yang terlibat. Semoga kos ini akan menjadi lebih rendah di masa akan datang.
Ok, sekian saja untuk kali ini, kita akan bincangkan topik lain selepas ini. Ada cadangan?
Oh, @khusairy bro membeli Verge dari Cryptopia? Kalo tak silap, McAfee pernah menyebut tentang Verge kat Twitter dia. Alt coin ni memang ada potensi melipat beberapa kali ganda pada masa depan...
Iya bro. Saya nak beli kat bittrex tp diorg skrg ni stop sementara create eth address, jadi x dpt depo ke situ.
Bro, saya nak beli eth melalui remitano, tapi nak masukkan payment reference number tak lepas sebab panjang sangat. Awak guna akaun bank mana utk bayar. Foreign account? Saya guna maybank. Mungkin ini masalah maybank - limitkan karakter untuk payment reference number.