Mindfullness

in #innerpeace7 years ago (edited)

mindful-people.jpg

Kredit: Ideapod

Ramai orang pernah dengar perkataan ini,

~ "Everything You Need Will Come To You At The Perfect Time"...

Perfect time? Bilakah masa yang perfect itu? Sudah lama tunggu, tetapi masih tidak muncul. Hanya percaya yang perkara itu akan datang. Sampai satu masa fikiran di bawah akan muncul,

~ "Mungkin tidak akan sampai"...

Sebenarnya semua perkara yang kita mahukan akan datang apabila kita sudah memiliki "Mindfullness". Mindfullness ini apa? Ini kita istilahkan sebagai ketenangan layer 3. Layer 3? Kita ambil contoh begini. Anda sekarang dalam keadaan normal. Dan kemudian cuba untuk bertenang.

Tenang layer 1

~ Cuba untuk bertenang adalah permulaan atau layer 1.

Tenang layer 2

~ Pernahkah anda termenung jauh? Pada ketika itu, anda berada pada ketenangan layer 2.

Tenang layer 3

~ Tenang pada layer 2 itu kadang kala dipotong. Oleh kawan atau diri kita sendiri. Sebenarnya jika anda teruskan, dia akan masuk layer 3. Tenang jenis ini amat jarang didapati oleh orang biasa. Lebih-lebih lagi yang tidak pernah melakukan meditasi. Tidak pernah mempelajari teknik-teknik pernafasan. Kurang mengkaji tentang potensi diri manusia.

Tenang jenis ini juga kebiasaan ada pada,

~ Golongan spiritual. Dalam islam mereka yang selalu solat waktu malam. Bahagian lain, mereka berbulan-bulan buat meditasi.

Kita orang biasa juga sebenarnya boleh dapat tenang layer 3 / mindfulness, ini adalah potensi manusia. Apabila anda lakukan meditasi, anda fokus kepada pernafasan selepas berbulan-bulan mindfulness itu akan mula muncul.

Apa yang berlaku. Pada ketika itu kesedaran tinggi akan muncul. Semua yang anda mahukan akan datang fasa demi fasa. Bermula dari yang kecil-kecil, sederhana dan besar. Mindfulness akan ubah perspektif terhadap kehidupan.

Apabila perspektif itu berubah, perasaan akan berubah. Seterusya perbuatan anda akan berubah. Daripada situ, segala kekayaan atau hasil akan mula muncul.

Sebenarnya bukan masalah apa yang kita mahu tidak tercapai. Cabaran utama ialah, untuk tenangkan diri. Sains telah kelaskan tenang itu kepada layer 1, 2 dan 3. Tetapi manusia amat sukar untuk disiplinkan diri bertenang.

Tanpa ketenangan layer 3 ini, minda tidak menjadi jernih. Dalam minda terlalu banyak pemikiran yang tidak perlu. Selubung pemikiran ini terhasil sepanjang kehidupan 35 tahun. Selubung pemikiran inilah yang menghalang dari mindfulness.

Ketika anda mula mahu tenangkan diri. Sedikit demi sedikit, selubung ini akan berkurangan. Seterusnya yang tinggal adalah mindfulness. Dari situ anda akan mula sedar,

~ "Semua yang berlaku dalam kehidupan tepat pada masanya"...

Sebenarnya setiap hari perkara ini (tepat pada masa) berlaku. Tetapi mindfulness > kesedaran tidak ada, akibat selubung pemikiran terlalu banyak, kita dapat merasai tepat itu.

Kini anda telah tahu bagaimana untuk mendapat apa yang anda inginkan, yang tinggal hanyalah disiplin diri. Dan mindfulness sekaligus akan memberi kesan terhadap bisnes. Ia akan semakin berkembang, seiring dengan wang dalam akaun.

Source:-

~ https://wp.me/p736SY-EC